Dengan memasarkan produk anda diinternet, kelebihannya adalah:
1. Perniagaan tanpa sempadan
Dengan memasakan perniagaan anda diinternet, bermakna anda telah meletakkan perniagaan anda di mata dunia. Perniagaan anda boleh dikunjungi dan disebarkan di serata dunia.
2. Perniagaan tanpa had masa
Dengan adanya laman web/ blog bermakna eolah- olah anda telah membuka kedai anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa kos tambahan.
3. Mewujudkan jaringan perniagaan tanpa had
Di internet, jumlah jaringan perniagaan anda adalah tanpa had. Anda boleh berhubung dengan peniaga lain tanpa had dan seterusnya meluaskan lagi capaian ke laman web/ blog perniagaan anda.
4. Memberi maklumat perniagaan dengan lebih baik
Dengan adanya laman web/ blog, anda dapat memberikan maklumat perniagaan dan produk anda dengan lebih baik kepada orang ramai. Selain itu, anda juga dapat menambah maklumat untuk setiap produk atau perkhidmatan bila- bila masa dan dimana jua.
5. Meluaskan pasaran
Apabila anda membuka kedai, pelanggan anda hanya tertumpu kepada kawasan sekitar sahaja. Tetapi sekiranya laman web/ blog, anda telah membuka perniagaan anda kepada berjuta- juta orang di dunia ini. Pasaran anda lebih luas sehingga merentas sempadan.
6. Kos yang rendah
Anda majikan dan andalah pekerja untuk perniagaan anda. Anda tidak memerlukan sesiapa kecuali diri anda untuk mengawal perniagaan anda sendiri.
7. Interaksi secara terus dengan setiap pelanggan anda
Interaksi dan maklum balas kepada pelanggan sangat penting dalam perniagaan. Dengan membuka perniagaan di internet, anda dapat memberikan maklum balas tersebut secara cepat dan mudah tanpa melibatkan kos. Ini dapat mempertingkatkan mutu perniagaan anda.
8. Memasarkan produk kepada pelanggan antarabangsa
Bayangkan produk anda bukan hanya dilihat di negara ini, malah di serata dunia. Produk anda boleh dimiliki oleh seluruh masyarakat di dunia.